Sunday 15 December 2013

Temuduga SPP

Hai, Assalammualaikum :) Alhamdulillah, baru sahaja selesai temuduga SPP untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 yang bertempat di IPG Persekutuan Pulau Pinang bertarikh 12.12.2013. Jadi, aku nak kongsi serba sedikit dengan korang soalan-soalan yang ditanya dan pengalaman aku sendiri menghadiri temuduga ni.

3 hari sebelum temuduga, aku make sure dah ready semua dokumen-dokumen asal dan satu salinan dokumen yang telah disahkan oleh mana-mana pegawai kerajaan. Antara dokumen-dokumen yang WAJIB untuk urusan temuduga SPP :

1. Kad Pengenalan
2. Surat Beranak
3. Sijil SPM
4. Transkrip Keputusan Peperiksaan(Ijazah)
5. Perincian&Penafian JPA
6. Surat Tawaran IPG
7. Surat Tamat Pengajian

* Sijil-sijil asal & salinan sijil masa belajar kat IPG aku bawa untuk persediaan. Resume atau e-vetting tak payah ok.

* Gambar sekeping je. Tampal kat kertas senarai semak ye.

Dari segi pakaian pulak diwajibkan memakai Blazer dan Nametag. Kalau perempuan, berbaju kurung, baju jangan warna yang terang dan menyilaukan. Agak-agak warna lembut, selesa dan kemas dah cukup okay :) Dimestikan memakai kasut bewarna hitam bertumit sekurang-kurangnya 1 inci. 

Sebelum masuk ke bilik temuduga, korang akan diberi sikit taklimat ringkas. Untuk sesi aku, satu group seramai 6 orang. Masa tu, cuak tak hengat.Dalam hati ni tak berhenti-henti berdoa. Lepas dah daftar dan bagi dokumen-dokumen kat pendaftar, kitorang diminta tunggu dahulu sebelum dipanggil untuk bersedia di luar bilik temuduga. Lepas loceng dibunyikan je(ha masa ni hati dupdapdupdap je), salah sorang ketuk pintu bagi salam dan masuk. Letakkan buku RPH atas meja. Lepas panel suruh duduk, cakap terima kasih-senyum-lepastu baru boleh duduk. 

Antara soalan-soalan yang group aku dapat dari panel penemuduga :

1. Kenalkan diri
2. Apakah fungsi PBB
3. Negara mana paling berkuasa menerajui PBB?
4. Apakah beza RBT dengan KH?
5. Bagaimana seorang guru nak memaklumkan kepada umum mengenai kepentingan subjek RBT (HOT)
6. Prosedur penghasilan reka bentuk
6. Bagaimana kawal kelas ketika dalam bengkel kh
7. Islam hadhari diwujudkan pada tahun berapa? 

Mulanya, memang tak jangka langsung dengan soalan PBB dan Islam Hadhari. Tapi apakan daya, jawab je la hehe. Sekarang ni, tengah tunggu keputusan. Harap-harap lulus hendaknya Amin..



2 comments:

Dramaking said...

er , susah jugak soklan nya tuu . cuak plak . tp selamat lambat lagi . haha

apekinahdotcom said...

hmm boleh tahan soklannya, semoga berjaya ye :)